Wednesday, February 6, 2008

Islam & IT: Perdengarkan azan di PC anda

Teknologi telah berkembang pesat dari hari ke hari. Semakin hari, semakin banyak teknologi baru diperkenalkan. Bermula dari kita bangun dari tidur sehinggalah kita hendak tidur semula pada malam harinya, teknologi membawa kita lebih jauh ke hadapan. Pada masa yang sama, kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk melakukan ibadah solat lima waktu kepada Maha Pencipta; yakni Allah subhanahuwataala..

Selaras dengan pembangunan pengaturcaraan yang kini semakin maju, jurutera-jurutera perisian kini telah berjaya mencipta satu perisian yang dapat mengingatkan umat Islam tentang waktu solat. Perisian yang dimaksudkan ialah Athan Prayer atau lebih dikenali dengan panggilan Azan Solat. Perisian ini sediakan untuk anda muatturun. Sila ke bahagian Muatturun di sebelah.



Langkah-langkah pemasangan:
Selepas sahaja anda muatturun perisian tersebut, pada paparan pertama selepas install, anda akan ditanya berkaitan lokasi yang anda kehendaki. Pada perisian ini terdapat 6 juta bandar yang telah direkod untuk memudahkan pengguna untuk memilih lokasi mereka. Bagi mereka yang berada di luar negeri turut boleh menggunakan perisian ini. Manakala pada waktu siang yang pendek, perisian ini juga dapat di programkan untuk situasi berkenaan. Zon masa juga dipaparkan bagi membolehkan pengguna-pengguna yang berada di latitude yang berlainan mendapat info waktu solat yang tepat.



Gambar di atas ini merupakan paparan selepas anda selesai mengatur cara waktu dan lokasi. Paparan ke-2 ini menunjukkan waktu-waktu bagi solat subuh, matahari terbit, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Pengguna juga dapat memilih jenis-jenis azan yang ingin didengari apabila masuk waktu solat.



oleh: Mohd. Hafizi bin Yahaya

No comments: