Monday, January 28, 2008

Humor IT: Awas barangan Made in China

Ini la padahnya jika membeli barangan buatan China. 1mb pun tak sampai..hehe!

Pengumuman: Latest kolumnis

Ini adalah senarai alumni yang terlibat untuk edisi bestari. Kalau sapa2 yang namanya ter'miss' tu, tolong bgtau.

1. Isu semasa - Afif Nordin, Fikri Yahya
2. Islam & IT - Nasrul Hanis & Hafizi
3. Gajet Terkini - Faiz Syahmi
4. Perisian - Aiman Rosli, Kamil Hassan
5. Perkakasan - Syahir Farham
6. Doktor PC - Husnil
7. WWW - Fauzi, Anis Shaari
8. Fakta IT - Fauzul
9. Humor IT - Fikri Yahya
10. Kamus IT -

Pengumuman lagi: Duedate duedate!

Salam...
Kepada bakal2 kolumnis edisi bestari keluaran sulung nnti, anda semua diingatkan agar emailkan semua artikel2 kalian selewat-lewatnya pada:

Tarikh: 1hb Feb 2008
Masa: sebelum jam 12 tgh malam

Sila hantar arkitel2 anda ke alumnibrigedbestari@yahoo.com berserta:
1. nama penuh.
2. nama kursus & ipt @ nama jawatan & majikan.
3. email
4. Tahun spm & kelas terakhir di SMKAB

p/s: jgn antar lewat2 ye.

Pengumuman: Hantar segera..

Salam..ini adalah url tetap kita. http://edisibestari.blogspot.com . Harap semua dah maklum dengan perkara ini. Emm...pasal artikel tu, you all dah boleh mula hantar artikel yang dah siap. Kalau boleh sebelum masuk bulan 2 nanti. You all ada lebih kurang seminggu je lagi. Pastu, bila suma dah hantar, insya-Allah, admin akan siapkan/edit secepat mgkin untuk ditunjukkan artikel tu kat Ckgu Wan sebelum raya cina ni. Harap semua cepat2 siapkan tugasan masing2.

Pasal artikel2 tu, ada yang tanya panjang mana. Tak kisah, asalkan info tu kena dengan skop IT kita ni. Kalau panjang pun tak pa, admin akan cut sebahagian drp artikel tu dan selebihnya atau sepenuhnya artikel tersebut akan di'paste' ke blog ni. Tujuannya supaya you all semua lebih bebas utk berkarya atau berkongsi ilmu. Lagipun, nak letak semua dlm risalah tu mmg la tak muat. Insya-Allah, you all akan diberi kelayakan utk jadi moderator blog ni. Tulis la sepuas-puasnya.

Lagi satu, design edisi bestari akan disiapkan dalam beberapa hari lagi dan akan di'paste' kat blog utk dipilih yang mana sesuai. So, slalu la update dengan blog ni yer!

Wednesday, January 23, 2008

Pengumuman: Respon segera diperlukan

Salam..diharapkan semua alumni sudah sedia maklum dengan tugasan masing-masing. Kepada yang sudah sedia, anda bolehlah emailkan artikel-artikel anda ke email alumni. Lagi cepat, lagi bagus untuk kita cetak dan edarkan.

Buat masa sekarang, kita belum ada lagi nama yang sesuai sebagai nama rasmi risalah yang akan kita hasilkan ini. Harap alumni semua dapat membuat undian di sebelah dan beri sedikit ulasan di ruangan shoutbox sebelah kenapa harus pilih nama tersebut. Harap ada respon dari anda semua. Nama risalah perlu dipilih segera supaya layout untuk risalah tersebut dapat dihasilkan secepat mungkin.

Untuk perhatian alumni juga, blog ini akan dijadikan blog rasmi risalah tersebut. Buat masa sekarang, kita guna dahulu address http://alumnibrigedbestari.blogspot.com ini untuk sementara waktu. Bila sudah setuju dengan nama risalah, address tersebut akan ditukar seperti nama yang dipilih kerana selepas ini, setiap kali alumni yang terlibat dalam menghasilkan risalah menulis artikel, sambungan kepada artikel yang tidak muat untuk dimasukkan ke dalam risalah, boleh membuat sambungan artikel tersebut di blog ini. Jadi, warga SMKAB boleh melayari blog ini jika risalah tersebut tidak mencukupi sewaktu edaran. Anda juga boleh sertakan dengan info-info terkini ke dalam blog ini jika ada kesempatan.

Harap maklum..berkhidmat untuk negara, ummah dan agama.

p/s: maaf, struktur ayat amat skema buat masa sekarang. :D

Tuesday, January 22, 2008

Pengumuman

Assalamualaikum..mungkin sebahagian kalian dah tau pasal projek untuk menghasilkan satu risalah it bulanan untuk edaran SMKAB. Risalah ini adalah keluaran alumni sendiri. Cg Wan dah setuju, tapi dia nak tengok sample dulu. Saiznya A3 (besar kertas lukisan) lipat dua. Jadi ada 4 muka surat.

Objektif risalah ini adalah seperti berikut:
1. Memberi info2 yang berguna kepada warga SMKAB dalam memperkasakan pembestarian sekolah.
2. Melahirkan individu yang berpengetahuan IT.
3. Sebagai sumbangan berterusan alumni kepada pihak sekolah, tidak sekadar penglibatan dalam jejak bestari sahaja.
4. Konsep perkongsian ilmu: Ilmu yang berguna adalah baik jika dikongsi bersama.

Akumni yang belum namanya tersenarai di bawah, jika berminat boleh pilih untuk jadi kolumnis berdasarkan tajuk yang anda minat. Antara tajuk-tajuk kolumnya seperti:

1. Isu semasa - Afif Nordin
2. Islam & IT - Nasrul Hanis
3. Gajet Terkini - Faiz Syahmi
4. Perisian - Aiman Rosli, Kamil Hassan
5. Perkakasan - Syahir Farham
6. Doktor PC - Husnil
7. WWW - Fauzi
8. Fakta IT - Fauzul
9. Humor IT - Fikri
10. Permainan <-- dalam pertimbangan

Setiap tajuk kolum dibenarkan lebih dari seorang in case kalau kolumnis tu tak dpt siapkan artikel, ada backup dari kolumnis seorang lagi. Jadi tak kisah..lagi ramai yang terlibat lagi bagus.. Kalau boleh keluar tiap-tiap minggu pun bagus. Tapi untuk percubaan ni, kita try dulu untuk sebulan sekali. So, segala info-info yang menarik dan bersesuaian dengan risalah kita ni sila emailkan ke alumnibrigedbestari@yahoo.com. Segala info yang menarik haruslah dari penulisan sendiri, bukan 'copy n paste'. Anda boleh rujuk mana-mana sumber dan olah mengikut penulisan sendiri. Boleh hantar dalam format word atau publisher.

Buat masa sekarang, kita belum ada lagi nama yg sesuai untuk risalah ni. Ada beberapa cadangan untuk dipilih, sila undi tajuk-tajuk yang sesuai disebelah.