Wednesday, February 6, 2008

WWW: Jom kembara ICT!

Assalamualaikum adik-adik!


Mari sertai kembara ini! Kembara ini sesuai untuk semua pelajar – dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Pihak Alumni pasti adik-adik semua didedahkan kepada Komponen Sastera Bahasa Inggeris. Bagaimanakah pembelajaran komponen tersebut dalam kelas Bahasa Inggeris adik-adik?

Komponen sastera untuk matapelajaran Bahasa Inggeris ini sepatutnya menjadi suatu slot pembelajaran yang menarik di dalam dan di luar kelas. Namun demikian, maklumat yang diperoleh hasil temubual kolumnis dengan Pn. Lim Wai Fun, Pensyarah di Jabatan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi MARA Malaysia, menyatakan bahawa kebanyakan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berlaku adalah kurang memberangsangkan.

Ekoran itu, mengapa tidak kita sama-sama mengembara ke laman ini untuk pembelajaran yang lebih interaktif ? Adik-adik, sama-sama kita tekskan alamat url - http://www.literature.com.my/ untuk alami sendiri keseronokannya!


(...sambungan dari risalah Edisi Bestari bil. 01/08)
Laman web ini direka khas oleh JustEnglish.Com untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Namun begitu, kolumnis mendapati bahawa laman web ini tetap berguna untuk pelajar-pelajar Tingakatan 1, 2 dan 4.
Terdapat banyak bahan bacaan serta aktiviti mencabar minda disediakan dan segalanya hanya menanti anda untuk meneruskan kembara ini!

Menariknya, laman web Komponen Sastera Bahasa Inggeris ini memberi kemudahan akses kepada pelajar secara PERCUMA!!! Semua genre sastera yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tersedia di hadapan mata sebaik sahaja adik-adik menatap skrin homepage laman ini. Adik-adik hanya perlu klik pada genre yang diingini (Novel, Short Stories, Poems) dan pilih tajuk-tajuk karya (The Pearl, The Pencil, Life’s Brief Candle….) untuk eksplorasi yang lebih terperinci. Mudah bukan?

Penat membaca, adik-adik boleh meneruskan kembara dengan mencuba soalan-soalan kuiz yang telah disediakan atau memberanikan diri mencuba permainan-permainan yang pastinya menduga akal! Semak jawapan adik-adik serta merta dan ketahui tahap pembelajaran terkini adik-adik.

Selain belajar sendiri, adik-adik juga boleh mengajak rakan serta guru untuk turut sama mengembara! Jadi, apa tunggu lagi?!

Cepat kita mulakan kembara kita! Jangan lupa, log in ke http://www.literature.com.my/ hari ini juga!

oleh: Anis bt Shaari

Doktor PC: PC slow?

Pernahkah komputer anda mengalami situasi lembap dan tergantung (hang)? Apakah faktor yang menyebabkan komputer anda mengalami situasi seperti ini?

1. Cakera keras (hard disk drive) anda tidak dipernah melakukan proses difragment.
2. Terdapat banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada cakera keras anda.
3. Spyware / virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa anda sedari.
4. Kapasiti memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM berkapasiti 512MB (recommended)
5. Cakera keras anda tidak dibuat proses pembahagian (partition)
6. Cakera keras anda mempunyai bad sector

Penyelesaian:
Setelah meneliti faktor-faktor ini, apakah jalan penyelesaian yang perlu anda ambil? Di bawah ini, disertakan antara langkah penyelesaian yang berguna kepada anda.

1. Lakukan proses difragment pada cakera keras (hard disk drive) anda sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu. Jika anda malas melakukan sekali seminggu, anda boleh jalankan proses ini sebulan sekali.
2. Lakukan proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet. Saya lebih suka menggunakan perisian ccleaner yang lebih efektif daripada utiliti windows iaitu Disk cleanup. Perisian ccleaner boleh didapati di laman http://www.ccleaner.com/
3. Anda juga boleh memindah turun (download) perisian seperti Microsoft Antispyware dan AVG Anti Virus Free Edition untuk mencegah serangan spyware dan juga virus.
4. Buang (uninstall) perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan.
5. Anda boleh melakukan proses pembahagian (partition) pada cakera keras jika kapasiti cakera keras adalah besar. Bagi Windows XP, digalakkan membuat pembahagian dalam format NTFS.
6. Bagi cakera keras yang mempunyai bad sector, anda boleh melakukan prose Low Level Format. Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level Format, sila dapatkan bantuan daripada rakan anda yang arif dalam hal ini. Jika cakera keras anda mempunyai banyak bad sector, anda dinasihatkan membeli cakera keras yang baru.
7. Jika komputer anda mempunyai kapasiti memori (RAM) yang sedikit, anda boleh mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli memori yang lebih besar kapasitinya.
8. Anda juga boleh mengurangkan bilangan proses startup. Anda boleh pergi ke Start Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter. Selepas itu pilih startup taskbar dan buang (uncheck) kotak applikasi yang tidak diingini. Klik Ok dan restart komputer anda.
9. Anda boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.

Selamat mencuba!!

Jika anda mengalami sebarang masalah berkenaan dengan perkomputeran, sila ajukan pertanyaan anda ke alumnibrigedbestari@yahoo.com. Mungkin pertanyaan anda akan mengisi ruangan Doktor PC dalam Edisi Bestari isu hadapan.

WWW: Kembara ICT untuk lebih cemerlang!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera… adik-adik semua!

Untuk edisi julung-julung kali ini, pihak Alumni Briged Bestari SMKAB ingin mengajak adik-adik untuk sama-sama mengembara ke alam pembelajaran yang lebih menarik dan menakjubkan!

Pernahkah adik-adik terdengar akan istilah ‘extensive learning’ ? Istilah ini merujuk kepada pembelajaran secara kendiri dan dilakukan untuk tujuan pengayaan. Mungkin ada yang mengatakan ‘extensive learning’ itu tidak penting, tetapi, fikirkan semula! Memang benar kebanyakan ilmu telah kita peroleh daripada guru yang mengajar di dalam kelas. Namun adik-adik, sejauh manakah pengetahuan-pengetahuan itu dapat bertahan sekiranya pembelajaran di dalam kelas tidak disusuli dengan ulangkaji, pengayaan serta praktis? Kapasiti otak manusia memang besar adik-adik! Namun demikian, tanpa proses pengayaan, memori dalam stor otak tidak akan kekal lama! Justeru, salah satu bentuk proses pengayaan yang efektif ialah dengan KEMBARA ICT!

KEMBARA ICT merupakan antara puluhan cara yang dapat kita gunakan untuk membantu proses pembelajaran yang lebih berkesan. Mengapa ICT? Ini kerana, selain perincian-perincian berasaskan pendidikan, terdapat pelbagai jenis laman web yang tersedia di alam maya demi memudahkan kita mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran. Nyatakan sahaja subjek yang diingini (English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi…), dengan beberapa klik sahaja, adik-adik pasti ketemu apa yang dicari! Adik-adik cuma perlu mengembara! Mengembara dengan cara yang lebih intelektual!

Untuk KEMBARA ICT ini, adik-adik tidak perlu bimbang dan risau! Dengan adanya buletin ini, adik-adik akan dibimbing dari semasa ke semasa. Pihak Alumni akan mengajak adik-adik untuk sama-sama mengembara ke laman-laman web tertentu yang pastinya menarik dan interaktif. Yang paling penting, laman-laman web tersebut diharapkan berguna untuk pembelajaran adik-adik! Selamat mengembara!


oleh: Anis bt Shaari

Perkakasan: Baju sejuk?

Mungkin ini adalah berita baik untuk mereka yang bekerja dalam bilik yang panas sewaktu menggunakan komputer. Untuk pengetahuan anda, satu teknologi baru yang telah diperkenalkan untuk menyejukkan badan walaupun dengan berbaju. Baju tersebut dilengkapi dengan dua buah kipas kecil yang menggunakan kuasa elektirik dari kabel USB yang disambungkan dengan pc anda. Kipas tersebut berfungsi mengalirkan udara di dalam baju dan mengeluarkan udara dari dalam ke luar melalui lengan baju dan leher. Dengan baju ini, anda tidak perlu risau apabila penghawa dingin anda rosak ataupun persekitaran anda yang terlalu panas. Hanya sambungkan sahaja ke pc anda dan rasailah kesegaran udara terus ke badan anda!

Humor IT: Kisah butang kekunci yang hilang

Suatu hari, satu butang kekunci merasakan dirinya tidak lagi berguna kerana kurang mendapat perhatian tuannya yang baru sahaja membeli komputer baru. Dia amat mencemburui salah satu butang kekunci yang sering mendapat perhatian tuannya. Apa saja persoalan ataupun tidak faham tentang sesuatu fungsi komputer, tuannya pasti akan mendapat bantuan butang kekunci tersebut. Butang tersebut merupakan jiran tetapnya sejak dahulu lagi. Butang tersebut merupakan butang F1.

Setelah sekian lama, barulah dia faham kenapa F1 sering mendapat perhatian tuannya. F1 merupakan butang yang akan ditekan apabila ada pertanyaan dari tuannya atau dengan kata lain F1 akan memberi bantuan 'Help' jika terdapat masalah berkaitan komputer. Jadi, dia berasa amat malang dan cemburu dengan keadaan tersebut. Setelah berfikir panjang, maka dia pun merancang untuk melarikan diri, kerana dia adalah.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.butang ESCAPE!



p/s: jaga keyboard masing-masing!

Islam & IT: Perdengarkan azan di PC anda

Teknologi telah berkembang pesat dari hari ke hari. Semakin hari, semakin banyak teknologi baru diperkenalkan. Bermula dari kita bangun dari tidur sehinggalah kita hendak tidur semula pada malam harinya, teknologi membawa kita lebih jauh ke hadapan. Pada masa yang sama, kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk melakukan ibadah solat lima waktu kepada Maha Pencipta; yakni Allah subhanahuwataala..

Selaras dengan pembangunan pengaturcaraan yang kini semakin maju, jurutera-jurutera perisian kini telah berjaya mencipta satu perisian yang dapat mengingatkan umat Islam tentang waktu solat. Perisian yang dimaksudkan ialah Athan Prayer atau lebih dikenali dengan panggilan Azan Solat. Perisian ini sediakan untuk anda muatturun. Sila ke bahagian Muatturun di sebelah.



Langkah-langkah pemasangan:
Selepas sahaja anda muatturun perisian tersebut, pada paparan pertama selepas install, anda akan ditanya berkaitan lokasi yang anda kehendaki. Pada perisian ini terdapat 6 juta bandar yang telah direkod untuk memudahkan pengguna untuk memilih lokasi mereka. Bagi mereka yang berada di luar negeri turut boleh menggunakan perisian ini. Manakala pada waktu siang yang pendek, perisian ini juga dapat di programkan untuk situasi berkenaan. Zon masa juga dipaparkan bagi membolehkan pengguna-pengguna yang berada di latitude yang berlainan mendapat info waktu solat yang tepat.



Gambar di atas ini merupakan paparan selepas anda selesai mengatur cara waktu dan lokasi. Paparan ke-2 ini menunjukkan waktu-waktu bagi solat subuh, matahari terbit, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Pengguna juga dapat memilih jenis-jenis azan yang ingin didengari apabila masuk waktu solat.



oleh: Mohd. Hafizi bin Yahaya

Monday, February 4, 2008

Humor IT: Bahaya Internet



Awas kepada mereka-mereka yang terlalu obses dengan internet. Ingatlah, internet mengubah cara hidup anda.

Fokus IT: RoboFest 2007 meriah!

Berserentak dengan Pameran Inovasi Nasional (NICE) 2007, Robofest atau Festival Permainan Robot Malaysia yang membuka gelanggangnya untuk kali ke keenam awal tahun lalu mendapat sambutan hangat dari para peserta yang terlibat. Festival tahunan ini yang dianjurkan oleh SIRIM Berhad dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan antara yang terbesar pernah diadakan di Malaysia dengan penglibatan menyeluruh bermula daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, penuntut IPT sehinggalah peminat robotik.

Antara kategori-kategori yang dipertandingkan seperti
Robot Assembly:Bring My Pet Home untuk sekolah rendah, Moon Explorer Robot; Triathlon Robot dan RoboSoccer Junior untuk sekolah menengah dan The Conqueror untuk penuntut IPT. Acara The Conqueror paling menarik tumpuan dengan menonjolkan reka cipta robot yang sangat mengkagumkan dan canggih. Acara yang dikhaskan untuk mahasiswa IPT ini sememangnya memperlihatkan kebolehan dan kreativiti pelajar IPT tempatan dalam penghasilkan robot-robot sendiri.

Tidak kurang hebat juga kategori RoboSoccer yang dihiburkan oleh robot-robot bermain bola dimana robot-robot tersebut dikendalikan oleh para peserta dari para pelajar sekolah menengah.
Dengan gabungan pelbagai teknologi seperti cip pemprosesan, enjin, litar bersepadu dan program perisian tertentu, robot yang direkacipta oleh pelajar-pelajar ini sebenarnya melangkaui apa yang boleh dihasilkan oleh seorang pelajar sekolah menengah.

Paling membanggakan, Robofest 2007 kali ini turut menyaksikan penguasaan pelajar-pelajar wanita yang menjuarai beberapa kategori pertandingan sekali gus membayangkan bahawa mereka juga semakin terbuka menerima teknologi canggih yang sebelum ini lebih banyak diminati pelajar lelaki.


Robofest pada kali ini sememangnya yang terbaik apatah lagi jika penglibatan peserta yang lebih luas dipertandingkan pada musim akan datang.
Ini pastinya menjanjikan sambutan yang lebih hebat dan meriah daripada peminat Robofest malah tidak mustahil juga menjadi festival robotik paling besar yang dianjurkan di peringkat kebangsaan.

oleh: Mohd Fikri Yahya
Mohd Afif bin Nordin

Fakta IT: Tentang Google


Nama Google ini diambil dari istilah matematik, Googol yang bermakna sejumlah nombor yang sangat besar. Istilah Googol ini telah diberi oleh Milton Sirotta anak saudara kepada pakar Matematik U.S yang terkenal iaitu Edward Kasner.

Enjin carian Google walaupun masih di peringkat beta mampu memproses pertanyaan sebanyak 10,000 pertanyaan dalam masa sehari. Apa yang menarik ialah, walaupun masih di peringkat beta, PC Magazine telah menyenaraikan Google ke dalam senarai Top 100 Web Sites and Search Engine bagi tahun 1998. Selain daripada PC Magazine, beberapa syarikat penerbitan terkenal seperti USA Today dan Le Monde turut memaparkan berita dan laporan tentang perkembangan Google yang sekaligus telah membuka mata banyak pihak.

oleh: Mohd Fauzul bin Abd Rashid

Islam dan IT: IT dari kaca mata Islam

Pada era kemodenan ini, kita dapat melihat kemajuan yang begitu pesat dalam industri teknologi, khususnya industri teknologi maklumat. Hal ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat dibendung lagi, bahkan disambut dan dialu-alukan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.


Industri teknologi maklumat ataupun yang kita kenali sebagai Information Technology (IT) telah berkembang pesat di serata dunia di dalam pelbagai aspek merangkumi software, hardware, blogging dan bermacam-macam lagi. Hal ini merupakan suatu petanda yang positif kerana ia memberi peluang kepada setiap individu untuk meluaskan pandangan dengan mendapatkan pengetahuan dari serata dunia dalam jaringan yang tidak terbatas.


Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya memandang kemajuan ini seiring dengan pandangan Islam yang berlandaskan syarak. Justeru, ciri-ciri yang dibawa teknologi maklumat ini perlulah disesuaikan dengan kehendak syarak. Sesetengah dari kita tidak mahu menerima kehadiran teknologi maklumat ini dengan alasan ianya membawa pelbagai perkara negatif. Harus jua diingat bahawa teknologi maklumat juga membawa 1001 manfaat kepada dunia Islam. Kemajuan teknologi maklumat telah memberi tapak kepada laman-laman web berunsurkan Islam seperi www.iluvislam.com, www.ukhwah.com dan sebagainya. Selain itu, software yang membantu umat Islam kini dapat kita lihat begitu pesat di pasaran, malah boleh dimuat turun dari Internet sperti software azan, e-book 40 Hadis Sahih dan sebagainya. Kita sendiri diajak untuk menuju kejayaan setiap kali azan berkumandang di dalam laungan “Hayya ‘alal falah” yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan”.


Namun begitu, kita juga harus sedar bahawa teknologi maklumat juga membawa impak negatif kepada umat manusia. Laman-laman web yang berunsurkan lucah dan berbau perkauman misalnya, telah membawa pelbagai masalah kepada masyarakat moden ketika ini. Justeru, kita sebagai seorang Muslim haruslah memilih pilihan yang halal berlandaskan hukum syarak dan mengelakkan diri dari terjebak ke dalam kemaksiatan menerusi teknologi maklumat ini, kerana kita meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat setiap gerak geri kita, walau di mana sahaja kita berada.


Kesimpulannya, Islam tidak bercanggah dengan kemajuan teknologi maklumat, dengan syarat kemajuan yang dikecapi itu tidak bertentangan dengan syarak yang dilandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


oleh : Mohd. Nasrul Hanis bin Manzahari

Gajet Terkini: KAMERA DIGITAL GE H855

H855 adalah edisi istimewa daripada versi GE E850 yang popular dan mempunyai 8 megapiksel resolusi, 3-inci skrin LCD, 5X zoom dan 28-mm kanta bersudut luas. Kotak Penutup kamera berwarna hitam dan software ArcSoft yang terhad termasuk dalam pakej, membolehkan anda mengubah imej, mereka greetings card, dan mercipta label CD dan DVD anda sendiri, face detecting dan banyak lagi.

Terdapat juga 28 kanta bersudut luas. Ini membolehkan anda mudah mengambil imej indoor kerana objek tidak perlu dimampatkan terlalu dekat ke dalam skrin. 5x Optikal Fokus H855 dan 4.5x digital focus menyediakan fokus yang flesksibel. Skrin LDF 3-inci bermaksud anda tidak perlu melihat objek yang ingin anda ambil.

Alat yang mudah, boleh digunakan sendiri membuatkan H855 mudah digunakan termasuk orang yang baru mula belajar memegang kamera. Ia nipis dan mempunyai bentuk yang eksotik dan disertai dengan in-camera panaromic stitching, red-eye removal, face tracking, electronic stabilization dan perekod MPEG-4. H855 juga disertai dengan bateri Lithium-ioncomes cas-semula untuk pengambilan gambar tanpa henti. Memorinya juga boleh ditambah sehingga 4 Gigabite Memory Card SD atau SDHC. Jikalau anda hendak bandingkan H855 dengan kamera 8-megapiksel yang lain, anda akan sedar bahawa ia adalah kamera yang pertama berbaloi dengan nama GE.

Bahagian Perincian

Fungsi

  • Megapiksel
    Satu Megapiksel (1 juta piksel) adalah unit bagi kapasiti imej dalam kamera digital. Satu unit bagi piksel-untuk elemen gambar – adalah unit asas bagi program warna dalam komputer atau imej komputer. Secara umumnya, lebih banyak megapiksel kamera, lebih baik sesuatu resolusi apabila membuat cetakan yang besar.
  • Zoom Optik
    Zoom Optikal selalunya terdaoat dalam kamera 35mm yang biasa. Apabila butang untuk mengbesar atau mengecil, elemen lensa fizikal akan bergerak ke dalam kamera untuk menghasilkan imej yang diingini. Sebenarnya Zoom Optikal “menggerakkan” anda lebih dekat kepada objek fotografi. Lebih tinggi kadar zoom optikal dalam kamera, lebih jauh imej yang anda boleh dan mendapat imej yang jelas, lebih teliti.
  • Skrin LCD
    Kamera digital menggunakan skrin LCD untuk menunjukkan video ‘live’ yang dihasilkan sebaik sahaja diambil. Skrin ini selalunya diantara 1.5” dan 2.5” dengan resolusi antara 120,000 dan 240,000 piksel.
  • Penstabilan Imej
  • Penstabilan imej secara automatik akan membuatkan imej anda tidak terjejas walaupun kamera itu bergegar atau kabur secara tidak sengaja melalui gerak tangan. Membantu anda mendapat imej yang lebih jelas,
  • Pengesan Muka
    Kamera ini akan mengeasan muka-muka di dalam imej dan secara automatik memfokusnya. Teknologi ini membantu anda apabila mengambil gambar di dalam kumpulan yang besar, di mana seseorang di dalam jarak yang dekat dan objek itu bergerak ke dalam frame. Walaupun seseorang itu bergerak, kamera ini akan sentiasa memfokus ke arah mukanya dan mengubah ekspose gambar itu. Muka seseorang mestilah menghadap ke arah kamera untuk Pengesan Muka ini berfungsi secara efektif.
  • ISO Yang Tinggi
    ISO menunjukkan betapa sensitifnya deria imej terhadap jumlah cahaya yang hadir. Lebih tinggi ISO, lebih sensitive deria imej itu, di mana ia bermaksud ia akan menambah kebolehan untuk mengambil gambar yang kurang cahaya. Dalam kamera yang berfilem, anda perlu menukar setiap gulung filem yang berbeza untuk mendapatkan kelajuan ISO yang berbeza. Teknologi digital membuatkan anda hanya perlu memutar kadar ISO yang lain, membuatkan anda dapat merekod imej yang diambil dengan kelajuan ISO yang berbeza dalam kad memori yang sama.
oleh: Muhammad Faiz Syahmi Mansor