Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."
Friday, April 4, 2008
Humor IT: Help me Helpline!
Thursday, March 27, 2008
Wednesday, March 26, 2008
Fokus IT: Kenali Windows Vista
Banyak yang menarik yang diperkenalkan dalam Vista ini antaranya seperti paparan antaramuka yang cantik dan lutsinar dan pelbagai lagi pembaharuan yang dibawa seolah-olah membezakan terus antara XP dan Vista ini. Edisi Windows Vista ini didatangkan dalam beberapa versi iaitu Starter Edition, Home Basic, Home Premium, Enterprise, Business dan Ultimate. Semua versi-versi ini dikeluarkan bergantung kepada tahap keperluan PC dan juga jenis-jenis penggunaannya.
Sejak dari awal pelancarannya, Windows Vista banyak menerima kritikan-kritikan dari pengguna barunya. Antaranya seperti tempoh percubaan ataupun trial yang terlalu panjang, kekurangan pemacu perkakasan ataupun driver, dan kekangan dalam urusan perlesenan. Hal ini menyebabkan ramai pengguna lebih suka bergantung pada sistem operasi XP. Namun begitu, permintaan yang drastik terhadap komputer peribadi masa kini menyebabkan pengeluar-pengeluar komputer telah menukar sistem keperluan komputer keluaran mereka agar sesuai bagi menyokong sistem operasi Windows Vista ini. Kebanyakan PC yang ada dipasaran sekarang telah dilengkapi dengan sokongan Windows Vista dan dengan langkah ini sedikit sebanyak telah membantu mempromosikannya.
Diantara ciri-ciri utama Windows Vista adalah kepantasannya dalam pemasangan sesuatu perkakasan mahupun perisian. Ia juga telah diperkenalkan dengan fungsi enjin pencari yang lebih cekap dimana ia akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Paparan antaramukanya pula dikenali sebagai Aero, antaramuka grafik yang terbaru dengan paparan lutsinar dan menarik.
Vista juga turut dilengkapi dengan fungsi-fungsi yang dikemaskinikan dari Windows XP. Antaranya seperti Start Menu, Preview Thumbnail dan juga User Account Control. Dalam Start Menu Vista, ianya lebih tersusun dan kemas berbanding Windows XP manakala fungi Preview Thumbnail pula, pengguna hanya perlu menggerakkan tetikus ke ikon program di taskbar dan satu tetingkap kecil akan keluar bagi memaparkan sepintas lalu kandungan program yang sedang dibuka. Disamping itu, Vista turut memperkenalkan perisian terkini keluaran Windows antaranya Windows Defender (perisian antipengintip), Internet Explorer 7 dan Windows Media Player 11 yang terbaru.
Dalam pada itu juga, pada pengguna perlulah mengetahui bahawa Windows Vista memerlukan keperluan minima yang agak tinggi bagi sesebuah komputer untuk menyokongnya. Walaupun mencapai tahap minima, pengguna Windows Vista masih belum dapat merasai sepenuhnya paparan antaramuka Vista yang dikatakan memerlukan ciri-ciri komputer yang hebat untuk menyokongnya, kecuali jika komputer tersebut dapat melepasi keperluan dalam Vista Premium Ready (seperti jadual dibawah). Jadual dibawah ada menerangkan sedikit sebanyak maklumat tentang keperluan sistem bagi menyokong Windows Vista ini.
Fikri Yahya
Tuesday, March 25, 2008
Wednesday, February 6, 2008
WWW: Jom kembara ICT!
Assalamualaikum adik-adik!
Mari sertai kembara ini! Kembara ini sesuai untuk semua pelajar – dari tingkatan satu hingga ke tingkatan
Komponen sastera untuk matapelajaran Bahasa Inggeris ini sepatutnya menjadi suatu slot pembelajaran yang menarik di dalam dan di luar kelas. Namun demikian, maklumat yang diperoleh hasil temubual kolumnis dengan Pn. Lim Wai Fun, Pensyarah di Jabatan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Teknologi MARA Malaysia, menyatakan bahawa kebanyakan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berlaku adalah kurang memberangsangkan.
Ekoran itu, mengapa tidak kita sama-sama mengembara ke laman ini untuk pembelajaran yang lebih interaktif ? Adik-adik, sama-sama kita tekskan alamat url - http://www.literature.com.my/ untuk alami sendiri keseronokannya!
Laman web ini direka khas oleh JustEnglish.Com untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Namun begitu, kolumnis mendapati bahawa laman web ini tetap berguna untuk pelajar-pelajar Tingakatan 1, 2 dan 4. Terdapat banyak bahan bacaan serta aktiviti mencabar minda disediakan dan segalanya hanya menanti anda untuk meneruskan kembara ini!
Menariknya, laman web Komponen Sastera Bahasa Inggeris ini memberi kemudahan akses kepada pelajar secara PERCUMA!!! Semua genre sastera yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Penat membaca, adik-adik boleh meneruskan kembara dengan mencuba soalan-soalan kuiz yang telah disediakan atau memberanikan diri mencuba permainan-permainan yang pastinya menduga akal! Semak jawapan adik-adik serta merta dan ketahui tahap pembelajaran terkini adik-adik.
Selain belajar sendiri, adik-adik juga boleh mengajak rakan serta guru untuk turut sama mengembara! Jadi, apa tunggu lagi?!
Cepat kita mulakan kembara kita! Jangan lupa, log in ke http://www.literature.com.my/ hari ini juga!
oleh: Anis bt Shaari
Doktor PC: PC slow?
1. Cakera keras (hard disk drive) anda tidak dipernah melakukan proses difragment.
2. Terdapat banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada cakera keras anda.
3. Spyware / virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa anda sedari.
4. Kapasiti memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM berkapasiti 512MB (recommended)
5. Cakera keras anda tidak dibuat proses pembahagian (partition)
6. Cakera keras anda mempunyai bad sector
Penyelesaian:
Setelah meneliti faktor-faktor ini, apakah jalan penyelesaian yang perlu anda ambil? Di bawah ini, disertakan antara langkah penyelesaian yang berguna kepada anda.
1. Lakukan proses difragment pada cakera keras (hard disk drive) anda sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu. Jika anda malas melakukan sekali seminggu, anda boleh jalankan proses ini sebulan sekali.
2. Lakukan proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet. Saya lebih suka menggunakan perisian ccleaner yang lebih efektif daripada utiliti windows iaitu Disk cleanup. Perisian ccleaner boleh didapati di laman http://www.ccleaner.com/
3. Anda juga boleh memindah turun (download) perisian seperti Microsoft Antispyware dan AVG Anti Virus Free Edition untuk mencegah serangan spyware dan juga virus.
4. Buang (uninstall) perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan.
5. Anda boleh melakukan proses pembahagian (partition) pada cakera keras jika kapasiti cakera keras adalah besar. Bagi Windows XP, digalakkan membuat pembahagian dalam format NTFS.
6. Bagi cakera keras yang mempunyai bad sector, anda boleh melakukan prose Low Level Format. Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level Format, sila dapatkan bantuan daripada rakan anda yang arif dalam hal ini. Jika cakera keras anda mempunyai banyak bad sector, anda dinasihatkan membeli cakera keras yang baru.
7. Jika komputer anda mempunyai kapasiti memori (RAM) yang sedikit, anda boleh mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli memori yang lebih besar kapasitinya.
8. Anda juga boleh mengurangkan bilangan proses startup. Anda boleh pergi ke Start Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter. Selepas itu pilih startup taskbar dan buang (uncheck) kotak applikasi yang tidak diingini. Klik Ok dan restart komputer anda.
9. Anda boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.
Selamat mencuba!!
Jika anda mengalami sebarang masalah berkenaan dengan perkomputeran, sila ajukan pertanyaan anda ke alumnibrigedbestari@yahoo.com. Mungkin pertanyaan anda akan mengisi ruangan Doktor PC dalam Edisi Bestari isu hadapan.
WWW: Kembara ICT untuk lebih cemerlang!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera… adik-adik semua!
Untuk edisi julung-julung kali ini, pihak Alumni Briged Bestari SMKAB ingin mengajak adik-adik untuk sama-sama mengembara ke alam pembelajaran yang lebih menarik dan menakjubkan!
Pernahkah adik-adik terdengar akan istilah ‘extensive learning’ ? Istilah ini merujuk kepada pembelajaran secara kendiri dan dilakukan untuk tujuan pengayaan. Mungkin ada yang mengatakan ‘extensive learning’ itu tidak penting, tetapi, fikirkan semula! Memang benar kebanyakan ilmu telah kita peroleh daripada guru yang mengajar di dalam kelas. Namun adik-adik, sejauh manakah pengetahuan-pengetahuan itu dapat bertahan sekiranya pembelajaran di dalam kelas tidak disusuli dengan ulangkaji, pengayaan serta praktis? Kapasiti otak manusia memang besar adik-adik! Namun demikian, tanpa proses pengayaan, memori dalam stor otak tidak akan kekal lama! Justeru, salah satu bentuk proses pengayaan yang efektif ialah dengan KEMBARA ICT!
KEMBARA ICT merupakan antara puluhan cara yang dapat kita gunakan untuk membantu proses pembelajaran yang lebih berkesan. Mengapa ICT? Ini kerana, selain perincian-perincian berasaskan pendidikan, terdapat pelbagai jenis laman web yang tersedia di alam maya demi memudahkan kita mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran. Nyatakan sahaja subjek yang diingini (English, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi…), dengan beberapa klik sahaja, adik-adik pasti ketemu apa yang dicari! Adik-adik cuma perlu mengembara! Mengembara dengan cara yang lebih intelektual!
Untuk KEMBARA ICT ini, adik-adik tidak perlu bimbang dan risau! Dengan adanya buletin ini, adik-adik akan dibimbing dari semasa ke semasa. Pihak Alumni akan mengajak adik-adik untuk sama-sama mengembara ke laman-laman web tertentu yang pastinya menarik dan interaktif. Yang paling penting, laman-laman web tersebut diharapkan berguna untuk pembelajaran adik-adik! Selamat mengembara!
oleh: Anis bt Shaari
Perkakasan: Baju sejuk?
Humor IT: Kisah butang kekunci yang hilang
Setelah sekian lama, barulah dia faham kenapa F1 sering mendapat perhatian tuannya. F1 merupakan butang yang akan ditekan apabila ada pertanyaan dari tuannya atau dengan kata lain F1 akan memberi bantuan 'Help' jika terdapat masalah berkaitan komputer. Jadi, dia berasa amat malang dan cemburu dengan keadaan tersebut. Setelah berfikir panjang, maka dia pun merancang untuk melarikan diri, kerana dia adalah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.butang ESCAPE!
p/s: jaga keyboard masing-masing!
Islam & IT: Perdengarkan azan di PC anda
Selaras dengan pembangunan pengaturcaraan yang kini semakin maju, jurutera-jurutera perisian kini telah berjaya mencipta satu perisian yang dapat mengingatkan umat Islam tentang waktu solat. Perisian yang dimaksudkan ialah Athan Prayer atau lebih dikenali dengan panggilan Azan Solat. Perisian ini sediakan untuk anda muatturun. Sila ke bahagian Muatturun di sebelah.
Selepas sahaja anda muatturun perisian tersebut, pada paparan pertama selepas install, anda akan ditanya berkaitan lokasi yang anda kehendaki. Pada perisian ini terdapat 6 juta bandar yang telah direkod untuk memudahkan pengguna untuk memilih lokasi mereka. Bagi mereka yang berada di luar negeri turut boleh menggunakan perisian ini. Manakala pada waktu siang yang pendek, perisian ini juga dapat di programkan untuk situasi berkenaan. Zon masa juga dipaparkan bagi membolehkan pengguna-pengguna yang berada di latitude yang berlainan mendapat info waktu solat yang tepat.
Gambar di atas ini merupakan paparan selepas anda selesai mengatur cara waktu dan lokasi. Paparan ke-2 ini menunjukkan waktu-waktu bagi solat subuh, matahari terbit, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Pengguna juga dapat memilih jenis-jenis azan yang ingin didengari apabila masuk waktu solat.
Monday, February 4, 2008
Humor IT: Bahaya Internet
Awas kepada mereka-mereka yang terlalu obses dengan internet. Ingatlah, internet mengubah cara hidup anda.
Fokus IT: RoboFest 2007 meriah!
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan seperti Robot Assembly:Bring My Pet Home untuk sekolah rendah, Moon Explorer Robot; Triathlon Robot dan RoboSoccer Junior untuk sekolah menengah dan The Conqueror untuk penuntut IPT. Acara The Conqueror paling menarik tumpuan dengan menonjolkan reka cipta robot yang sangat mengkagumkan dan canggih. Acara yang dikhaskan untuk mahasiswa IPT ini sememangnya memperlihatkan kebolehan dan kreativiti pelajar IPT tempatan dalam penghasilkan robot-robot sendiri.
Tidak kurang hebat juga kategori RoboSoccer yang dihiburkan oleh robot-robot bermain bola dimana robot-robot tersebut dikendalikan oleh para peserta dari para pelajar sekolah menengah. Dengan gabungan pelbagai teknologi seperti cip pemprosesan, enjin, litar bersepadu dan program perisian tertentu, robot yang direkacipta oleh pelajar-pelajar ini sebenarnya melangkaui apa yang boleh dihasilkan oleh seorang pelajar sekolah menengah.
Paling membanggakan, Robofest 2007 kali ini turut menyaksikan penguasaan pelajar-pelajar wanita yang menjuarai beberapa kategori pertandingan sekali gus membayangkan bahawa mereka juga semakin terbuka menerima teknologi canggih yang sebelum ini lebih banyak diminati pelajar lelaki.
Robofest pada kali ini sememangnya yang terbaik apatah lagi jika penglibatan peserta yang lebih luas dipertandingkan pada musim akan datang. Ini pastinya menjanjikan sambutan yang lebih hebat dan meriah daripada peminat Robofest malah tidak mustahil juga menjadi festival robotik paling besar yang dianjurkan di peringkat kebangsaan.
Mohd Afif bin Nordin
Fakta IT: Tentang Google
Enjin carian Google walaupun masih di peringkat beta mampu memproses pertanyaan sebanyak 10,000 pertanyaan dalam masa sehari. Apa yang menarik ialah, walaupun masih di peringkat beta, PC Magazine telah menyenaraikan Google ke dalam senarai Top 100 Web Sites and Search Engine bagi tahun 1998. Selain daripada PC Magazine, beberapa syarikat penerbitan terkenal seperti USA Today dan Le Monde turut memaparkan berita dan laporan tentang perkembangan Google yang sekaligus telah membuka mata banyak pihak.
Islam dan IT: IT dari kaca mata Islam
Pada era kemodenan ini, kita dapat melihat kemajuan yang begitu pesat dalam industri teknologi, khususnya industri teknologi maklumat. Hal ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat dibendung lagi, bahkan disambut dan dialu-alukan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Industri teknologi maklumat ataupun yang kita kenali sebagai Information Technology (IT) telah berkembang pesat di serata dunia di dalam pelbagai aspek merangkumi software, hardware, blogging dan bermacam-macam lagi. Hal ini merupakan suatu petanda yang positif kerana ia memberi peluang kepada setiap individu untuk meluaskan pandangan dengan mendapatkan pengetahuan dari serata dunia dalam jaringan yang tidak terbatas.
Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya memandang kemajuan ini seiring dengan pandangan Islam yang berlandaskan syarak. Justeru, ciri-ciri yang dibawa teknologi maklumat ini perlulah disesuaikan dengan kehendak syarak. Sesetengah dari kita tidak mahu menerima kehadiran teknologi maklumat ini dengan alasan ianya membawa pelbagai perkara negatif. Harus jua diingat bahawa teknologi maklumat juga membawa 1001 manfaat kepada dunia Islam. Kemajuan teknologi maklumat telah memberi tapak kepada laman-laman web berunsurkan Islam seperi www.iluvislam.com, www.ukhwah.com dan sebagainya. Selain itu, software yang membantu umat Islam kini dapat kita lihat begitu pesat di pasaran, malah boleh dimuat turun dari Internet sperti software azan, e-book 40 Hadis Sahih dan sebagainya. Kita sendiri diajak untuk menuju kejayaan setiap kali azan berkumandang di dalam laungan “Hayya ‘alal falah” yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan”.
Namun begitu, kita juga harus sedar bahawa teknologi maklumat juga membawa impak negatif kepada umat manusia. Laman-laman web yang berunsurkan lucah dan berbau perkauman misalnya, telah membawa pelbagai masalah kepada masyarakat moden ketika ini. Justeru, kita sebagai seorang Muslim haruslah memilih pilihan yang halal berlandaskan hukum syarak dan mengelakkan diri dari terjebak ke dalam kemaksiatan menerusi teknologi maklumat ini, kerana kita meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat setiap gerak geri kita, walau di mana sahaja kita berada.
Kesimpulannya, Islam tidak bercanggah dengan kemajuan teknologi maklumat, dengan syarat kemajuan yang dikecapi itu tidak bertentangan dengan syarak yang dilandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
oleh : Mohd. Nasrul Hanis bin Manzahari
Gajet Terkini: KAMERA DIGITAL GE H855
Terdapat juga 28 kanta bersudut luas. Ini membolehkan anda mudah mengambil imej indoor kerana objek tidak perlu dimampatkan terlalu dekat ke dalam skrin. 5x Optikal Fokus H855 dan 4.5x digital focus menyediakan fokus yang flesksibel. Skrin LDF 3-inci bermaksud anda tidak perlu melihat objek yang ingin anda ambil.
Alat yang mudah, boleh digunakan sendiri membuatkan H855 mudah digunakan termasuk orang yang baru mula belajar memegang kamera. Ia nipis dan mempunyai bentuk yang eksotik dan disertai dengan in-camera panaromic stitching, red-eye removal, face tracking, electronic stabilization dan perekod MPEG-4. H855 juga disertai dengan bateri Lithium-ioncomes cas-semula untuk pengambilan gambar tanpa henti. Memorinya juga boleh ditambah sehingga 4 Gigabite Memory Card SD atau SDHC. Jikalau anda hendak bandingkan H855 dengan kamera 8-megapiksel yang lain, anda akan sedar bahawa ia adalah kamera yang pertama berbaloi dengan nama GE.
Bahagian Perincian
Fungsi
- Megapiksel
Satu Megapiksel (1 juta piksel) adalah unit bagi kapasiti imej dalam kamera digital. Satu unit bagi piksel-untuk elemen gambar – adalah unit asas bagi program warna dalam komputer atau imej komputer. Secara umumnya, lebih banyak megapiksel kamera, lebih baik sesuatu resolusi apabila membuat cetakan yang besar. - Zoom Optik
Zoom Optikal selalunya terdaoat dalam kamera 35mm yang biasa. Apabila butang untuk mengbesar atau mengecil, elemen lensa fizikal akan bergerak ke dalam kamera untuk menghasilkan imej yang diingini. Sebenarnya Zoom Optikal “menggerakkan” anda lebih dekat kepada objek fotografi. Lebih tinggi kadar zoom optikal dalam kamera, lebih jauh imej yang anda boleh dan mendapat imej yang jelas, lebih teliti. - Skrin LCD
Kamera digital menggunakan skrin LCD untuk menunjukkan video ‘live’ yang dihasilkan sebaik sahaja diambil. Skrin ini selalunya diantara 1.5” dan 2.5” dengan resolusi antara 120,000 dan 240,000 piksel. - Penstabilan Imej
- Penstabilan imej secara automatik akan membuatkan imej anda tidak terjejas walaupun kamera itu bergegar atau kabur secara tidak sengaja melalui gerak tangan. Membantu anda mendapat imej yang lebih jelas,
- Pengesan Muka
Kamera ini akan mengeasan muka-muka di dalam imej dan secara automatik memfokusnya. Teknologi ini membantu anda apabila mengambil gambar di dalam kumpulan yang besar, di mana seseorang di dalam jarak yang dekat dan objek itu bergerak ke dalam frame. Walaupun seseorang itu bergerak, kamera ini akan sentiasa memfokus ke arah mukanya dan mengubah ekspose gambar itu. Muka seseorang mestilah menghadap ke arah kamera untuk Pengesan Muka ini berfungsi secara efektif. - ISO Yang Tinggi
ISO menunjukkan betapa sensitifnya deria imej terhadap jumlah cahaya yang hadir. Lebih tinggi ISO, lebih sensitive deria imej itu, di mana ia bermaksud ia akan menambah kebolehan untuk mengambil gambar yang kurang cahaya. Dalam kamera yang berfilem, anda perlu menukar setiap gulung filem yang berbeza untuk mendapatkan kelajuan ISO yang berbeza. Teknologi digital membuatkan anda hanya perlu memutar kadar ISO yang lain, membuatkan anda dapat merekod imej yang diambil dengan kelajuan ISO yang berbeza dalam kad memori yang sama.