Tuesday, January 22, 2008

Pengumuman

Assalamualaikum..mungkin sebahagian kalian dah tau pasal projek untuk menghasilkan satu risalah it bulanan untuk edaran SMKAB. Risalah ini adalah keluaran alumni sendiri. Cg Wan dah setuju, tapi dia nak tengok sample dulu. Saiznya A3 (besar kertas lukisan) lipat dua. Jadi ada 4 muka surat.

Objektif risalah ini adalah seperti berikut:
1. Memberi info2 yang berguna kepada warga SMKAB dalam memperkasakan pembestarian sekolah.
2. Melahirkan individu yang berpengetahuan IT.
3. Sebagai sumbangan berterusan alumni kepada pihak sekolah, tidak sekadar penglibatan dalam jejak bestari sahaja.
4. Konsep perkongsian ilmu: Ilmu yang berguna adalah baik jika dikongsi bersama.

Akumni yang belum namanya tersenarai di bawah, jika berminat boleh pilih untuk jadi kolumnis berdasarkan tajuk yang anda minat. Antara tajuk-tajuk kolumnya seperti:

1. Isu semasa - Afif Nordin
2. Islam & IT - Nasrul Hanis
3. Gajet Terkini - Faiz Syahmi
4. Perisian - Aiman Rosli, Kamil Hassan
5. Perkakasan - Syahir Farham
6. Doktor PC - Husnil
7. WWW - Fauzi
8. Fakta IT - Fauzul
9. Humor IT - Fikri
10. Permainan <-- dalam pertimbangan

Setiap tajuk kolum dibenarkan lebih dari seorang in case kalau kolumnis tu tak dpt siapkan artikel, ada backup dari kolumnis seorang lagi. Jadi tak kisah..lagi ramai yang terlibat lagi bagus.. Kalau boleh keluar tiap-tiap minggu pun bagus. Tapi untuk percubaan ni, kita try dulu untuk sebulan sekali. So, segala info-info yang menarik dan bersesuaian dengan risalah kita ni sila emailkan ke alumnibrigedbestari@yahoo.com. Segala info yang menarik haruslah dari penulisan sendiri, bukan 'copy n paste'. Anda boleh rujuk mana-mana sumber dan olah mengikut penulisan sendiri. Boleh hantar dalam format word atau publisher.

Buat masa sekarang, kita belum ada lagi nama yg sesuai untuk risalah ni. Ada beberapa cadangan untuk dipilih, sila undi tajuk-tajuk yang sesuai disebelah.

No comments: