Wednesday, January 23, 2008

Pengumuman: Respon segera diperlukan

Salam..diharapkan semua alumni sudah sedia maklum dengan tugasan masing-masing. Kepada yang sudah sedia, anda bolehlah emailkan artikel-artikel anda ke email alumni. Lagi cepat, lagi bagus untuk kita cetak dan edarkan.

Buat masa sekarang, kita belum ada lagi nama yang sesuai sebagai nama rasmi risalah yang akan kita hasilkan ini. Harap alumni semua dapat membuat undian di sebelah dan beri sedikit ulasan di ruangan shoutbox sebelah kenapa harus pilih nama tersebut. Harap ada respon dari anda semua. Nama risalah perlu dipilih segera supaya layout untuk risalah tersebut dapat dihasilkan secepat mungkin.

Untuk perhatian alumni juga, blog ini akan dijadikan blog rasmi risalah tersebut. Buat masa sekarang, kita guna dahulu address http://alumnibrigedbestari.blogspot.com ini untuk sementara waktu. Bila sudah setuju dengan nama risalah, address tersebut akan ditukar seperti nama yang dipilih kerana selepas ini, setiap kali alumni yang terlibat dalam menghasilkan risalah menulis artikel, sambungan kepada artikel yang tidak muat untuk dimasukkan ke dalam risalah, boleh membuat sambungan artikel tersebut di blog ini. Jadi, warga SMKAB boleh melayari blog ini jika risalah tersebut tidak mencukupi sewaktu edaran. Anda juga boleh sertakan dengan info-info terkini ke dalam blog ini jika ada kesempatan.

Harap maklum..berkhidmat untuk negara, ummah dan agama.

p/s: maaf, struktur ayat amat skema buat masa sekarang. :D

No comments: