Thursday, March 27, 2008
Wednesday, March 26, 2008
Fokus IT: Kenali Windows Vista
Setelah lima tahun lebih Windows XP bermaharajalela dikebanyakkan komputer, kini telah muncul satu lagi produk dari keluarga Microsoft Windows iaitu Windows Vista yang dilancarkan pada akhir 2006 lepas dan secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada 8 Februari 2007. Kemunculan Windows Vista, yang pada asalnya dikenali dengan Longhorn, telah banyak menarik minat pengguna Windows XP dan juga pengkritik perisian.
Banyak yang menarik yang diperkenalkan dalam Vista ini antaranya seperti paparan antaramuka yang cantik dan lutsinar dan pelbagai lagi pembaharuan yang dibawa seolah-olah membezakan terus antara XP dan Vista ini. Edisi Windows Vista ini didatangkan dalam beberapa versi iaitu Starter Edition, Home Basic, Home Premium, Enterprise, Business dan Ultimate. Semua versi-versi ini dikeluarkan bergantung kepada tahap keperluan PC dan juga jenis-jenis penggunaannya.
Sejak dari awal pelancarannya, Windows Vista banyak menerima kritikan-kritikan dari pengguna barunya. Antaranya seperti tempoh percubaan ataupun trial yang terlalu panjang, kekurangan pemacu perkakasan ataupun driver, dan kekangan dalam urusan perlesenan. Hal ini menyebabkan ramai pengguna lebih suka bergantung pada sistem operasi XP. Namun begitu, permintaan yang drastik terhadap komputer peribadi masa kini menyebabkan pengeluar-pengeluar komputer telah menukar sistem keperluan komputer keluaran mereka agar sesuai bagi menyokong sistem operasi Windows Vista ini. Kebanyakan PC yang ada dipasaran sekarang telah dilengkapi dengan sokongan Windows Vista dan dengan langkah ini sedikit sebanyak telah membantu mempromosikannya.
Diantara ciri-ciri utama Windows Vista adalah kepantasannya dalam pemasangan sesuatu perkakasan mahupun perisian. Ia juga telah diperkenalkan dengan fungsi enjin pencari yang lebih cekap dimana ia akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Paparan antaramukanya pula dikenali sebagai Aero, antaramuka grafik yang terbaru dengan paparan lutsinar dan menarik.
Vista juga turut dilengkapi dengan fungsi-fungsi yang dikemaskinikan dari Windows XP. Antaranya seperti Start Menu, Preview Thumbnail dan juga User Account Control. Dalam Start Menu Vista, ianya lebih tersusun dan kemas berbanding Windows XP manakala fungi Preview Thumbnail pula, pengguna hanya perlu menggerakkan tetikus ke ikon program di taskbar dan satu tetingkap kecil akan keluar bagi memaparkan sepintas lalu kandungan program yang sedang dibuka. Disamping itu, Vista turut memperkenalkan perisian terkini keluaran Windows antaranya Windows Defender (perisian antipengintip), Internet Explorer 7 dan Windows Media Player 11 yang terbaru.
Dalam pada itu juga, pada pengguna perlulah mengetahui bahawa Windows Vista memerlukan keperluan minima yang agak tinggi bagi sesebuah komputer untuk menyokongnya. Walaupun mencapai tahap minima, pengguna Windows Vista masih belum dapat merasai sepenuhnya paparan antaramuka Vista yang dikatakan memerlukan ciri-ciri komputer yang hebat untuk menyokongnya, kecuali jika komputer tersebut dapat melepasi keperluan dalam Vista Premium Ready (seperti jadual dibawah). Jadual dibawah ada menerangkan sedikit sebanyak maklumat tentang keperluan sistem bagi menyokong Windows Vista ini.
Sumber: Wikipedia.org

oleh:
Fikri Yahya
Fikri Yahya
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)